Pages

Saturday 30 July 2011

salam ramadhan

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

insyaAllah esok  kemungkinan kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh bermakna buat seluruh umat islam iaitu Ramadhan al-Mubarak. kedatangan bulan ini penuh nikmat kepada kita semua seluruh umat islam di negara mahupun di peringkat dunia. sedar tak sedar, penghujung syaaban sudah hampir tiba dan digantikan dengan bulan ramadhan. semoga dapat dipenuhi rahmat dan kenikmatan sepanjang bulan ramadhan ini yang disambut setahun sekali dalam kalendar islam ini

warkah ini ditulis untuk mengucapkan SALAM RAMADHAN al-MUBARAK kepada semua warga Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP) tidak kira bakal mahasiswa, mahasiswa, yang sudah bergraduan, bekas mahasiswa UniMAP dan juga seluruh warga kerja UniMAP dan seluruh umat islam di Malaysia dan seluruh dunia. diharapkan bulan ini disambut dengan penuh keriangan dan kenikmatan. InsyaAllah.

kita patut bersyukur kerana berada di dalam negara yang penuh aman dan harmoni ini, jika dibandingkan dengan negara yang masih tidak stabil keadaannya. keadaan sambutan bulan ramadhan kali ini disambut baik seluruh umat islam di negara kita mahupun di negara luar. namun, perlu diingatkan bagaimana saudara kita di negara yang sedang bergelora sekarang ini. marilah kita beramai-ramai mendoakan agar keselamatan dan kesejahteraan mereka di sana. InsyaAllah. 

disamping itu juga, saya mewakili seluruh barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP sesi 2010/2011 ingin memohon kemaafan andai tersalah cakap, dan perbuatan sepanjang kami menerajui kepimpinan ini. 

sekian saja warkah ringkas sempena menyambut bulan Ramadhan ini.

SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA, SELAMAT BERCUTI (kepada pelajar yang bercuti), dan SELAMAT MAJU JAYA,

p/s: jaga diri sepanjang bulan puasa ni. kawal nafsu berbuka anda. selamat bercuti. selamat kembali.

AMINUDIN BIN ANUAR
Yang Di-Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP sesi 2010/2011

(teks ucapan ke ni.. hahahhaa)

No comments:

Post a Comment